Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada pukul 7.34 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian. 

“Tiba di lokasi, anggota mendapati kemalangan melibatkan sebuah van membawa 14 penumpang yang dipercayai terbabas. 

“Tiga disahkan maut di lokasi kejadian manakala 11 yang lain cedera,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi. - K! ONLINE