Pengarah Bomba Negeri Sembilan  Norazam Khamis berkata sampah sarap tersebut merupakan sisa makanan dan juga barangan terpakai dikumpulkan Au Yang Kar Yan, 31, yang merupakan seorang OKU lembam.

Beliau berkata, wanita OKU ini yang tinggal bersama ayahnya Au Yang Sui Hong, 76, yang juga merupakan OKU cacat penglihatan sejak 10 tahun lalu, menyebabkan sampah di dalam rumah tidak dapat dibuang dengan baik.

"Hari ini, pada 9 pagi, kami jalankan gotong-royong untuk membersihkan rumah jenis kayu yang didiami dua beranak ini sejak 10 tahun lalu, kerana dikhuatiri timbunan sampah di dalam rumah mereka ini mempunyai risiko yang tinggi untuk terbakar.

"Jadi seramai 50 anggota pelbagai agensi antaranya anggota bomba, Pasukan Bomba Sukarela, Majlis Perbandaran Seremban, Tenaga Nasional Berhad, SWM Environment Sdn Bhd dan Polis Diraja Malaysia yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong membersihkan rumah dua beranak ini. - Bernama