Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tiga syarikat penerbangan utama iaitu MAS, AirAsia dan Malindo Air bersetuju menambah kira-kira 20 peratus kapasiti penerbangan untuk menurunkan harga tiket pada musim berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata berdasarkan kajian Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), penetapan harga siling itu akan memberi kesan kepada harga purata pada musim biasa.

"Kita bimbang jika kita meletakkan harga siling, maka syarikat-syarikat penerbangan akan puratakan tambang itu dan purata harga tambang pada hari-hari biasa akan meningkat kerana ini berlandaskan pada pasaran.

Ini sesuatu yang kita tidak mahu lihat kerana trend harga tambang untuk domestik telah menurun dalam tempoh beberapa tahun ini," katanya dalam satu sidang akhbar di hari ini. - Bernama