Berdasarkan laporan yang diterima, kesemua mangsa yang terperangkap di tingkat atas rumah berkenaan dan disahkan maut di hospital.

Dalam kejadian tersebut, sebanyak tiga jentera bomba bersama 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya serta BBP Subang dikejarkan ke lokasi kejadian.

Mayat kesemua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - K! ONLINE