Kementerian itu berkata, dua lelaki yang tidak dikenal pasti terbunuh akibat tembakan tentera Israel di timur Bandar Raya Gaza.

Koresponden AFP melihat kedua-dua mayat mangsa di Hospital Shifa di Bandar Raya Ghaza.

Lelaki ketiga dikenali sebagai Abdul Salam al-Bakr, 29, terbunuh di timur Khan Yunis, selatan Gaza.

Kematian itu menjadikan jumlah rakyat Palestin yang terbunuh sejak protes bermula pada 30 Mac lalu mencecah 44 orang. 

Menurut kementerian kesihatan Gaza, 154 orang dirawat di hospital kerana mengalami kecederaan akibat luka tembakan dan gas pemedih mata. 

Para penunjuk perasaan menuntut hak untuk kembali ke tanah air mereka yang dirampas Israel pada 1948. - AFP