Affyzal Mohd.,32; Mohd. Syafie Zainal, 35, dan Nazrin Wazed, 31, mengangguk faham namun tiada pengakuan direkodkan atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Majistret Analia Kamaruddin.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa secara bersama-sama bagi mencapai niat bersama mengedar methamphetamine dengan berat kasar 52,819 gram di Taman Seri Mangga di sini pada pukul 2.30 pagi, 17 Februari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, S. Sivashangari mengemukakan pendakwaan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati.

Mahkamah menetapkan 18 April depan untuk sebutan semula kes dan serahan laporan kimia. - K! ONLINE