Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Datuk Abd. Rahim Md. Ariff berkata, tiga projek tersebut ialah menaik taraf kemudahan asas di Bukit Larut bernilai RM3 juta, projek landskap RM100,000 dan projek ekopelancongan RM1.9 juta.

Katanya, dua daripada projek itu sudah ditender dan tawaran kerja ditangguhkan manakala satu lagi projek masih belum ditender.

"Kesemua projek itu bertujuan meningkatkan kemudahan kepada pelancong yang berkunjung ke bandar warisan di sini," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri program larian TRR Night Run dan TRR Brooks Run 2018 di sini hari ini.

Kedua-dua program larian yang dilakukan pada waktu siang dan malam itu dilaksanakan pada 7 Julai dan 21 Okt di Pavillion Zoo Taiping di sini. - Bernama