Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, ketiga-tiga mereka dikatakan sedang melakukan jenayah pecah kilang di kawasan tersebut sebelum dikesan pihak polis.

Suspek yang aktif dalam kegiatan pecah kilang tersebut telah berbalas tembakan dengan pihak polis ketika cubaan mereka melarikan diri dengan sebuah kereta.

Kesemua suspek maut di tempat kejadian.

Difahamkan, sidang akhbar berhubung kejadian itu akan dibuat pada hari ini. - K! ONLINE