Sumber berkata, kesemua suspek berusia 32 hingga 37 tahun itu ditahan di antara pukul 6 hingga 6.15 petang. 

"Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek telah meminta dan menerima suapan sebanyak RM600 daripada orang awam untuk tidak mengambil tindakan bagi kesalahan kes khalwat di daerah tersebut. 

"Kita akan memohon perintah tahanan reman di Mahkamah Klang pagi esok " katanya dalam kenyataan sebentar tadi. 

Jelas sumber tersebut, kes disiasat  mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu namun enggan mengulas lanjut. - K! ONLINE