Dalam kejadian kira-kira pukul 7.52 pagi itu, dua penunggang motosikal iaitu Shafiee Che Man, 29, dan A. Razak Che Ad, 52, maut di tempat kejadian.

Seorang lagi mangsa, Ummul Atiqah Abdul Lattif, 20, yang merupakan penumpang kereta Perodua Viva meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Baling.

Pemandu kereta tersebut, Syed Najmuddin Syed Salim, 20, cedera ringan dan dikejarkan ke hospital sama.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffudin Mohd. Yusof berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Syed Najmuddin dari arah Kulim menghala Baling memasuki laluan bertentangan lalu melanggar dua motosikal tersebut.

"Penunggang motosikal jenis SYM, Shafiee dan penunggang motosikal jenis Honda, A. Razak gagal mengelak lalu merempuh bahagian pintu hadapan sebelah kiri kereta berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - K! ONLINE