Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Shahrul Nizam Johari berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pukul 10.44 pagi sebelum satu jentera bersama tujuh anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati lori pasir berkenaan dalam perjalanan dari arah Bandar Tenggara ke Bukit Besar manakala kereta berkenaan dari arah bertentangan sebelum bertembung di lokasi kejadian.

“Tiga mangsa iaitu seorang lelaki dan dua perempuan yang merupakan penumpang hadapan dan belakang meninggal dunia ditempat kejadian manakala pemandu kereta iaitu seorang lelaki mengalami cedera parah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Shahrul Nizam berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang kemudiannya dihantar ke Hospital Besar Kota Tinggi.

Katanya, pemandu lori pasir berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. - K! ONLINE