Mangsa tersebut adalah di antara 18 orang yang cedera dalam kejadian itu berlaku pada kira kira 3.30 petang.

Pengarah Operasi Bomba dan dan Penyelamat, Tiong Ling Hii berkata, dua daripada mangsa cedera itu masih terperangkap di dalam runtuhan bangunan.

"Kesemua mangsa lain yang cedera telah dikejarkan ke hospital umum untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata, runtuhan bangunan itu berpunca daripada letupan gas dipercayai dari salah sebuah  kedai makan di pusat beli belah itu. - Bernama