Hakim Ravinthran N. Paramaguru membuat keputusan itu terhadap dua warga Indonesia iaitu Faisal, 27, dan Ali Misron, 37, serta seorang rakyat tempatan, Nor Azmi Zahyi, 49, selepas kesemua tertuduh mengaku bersalah.

Faisal ditahan pada 15 Jun tahun lalu pada pukul 12.30 tengah hari, di hadapan sebuah butik di Sandakan.

Sementara itu, Ali dan Nor Azmi pula ditahan pada hari sama pukul 6.15 petang di balai ketibaan Lapangan Terbang Sandakan.

Kesemua tertuduh yang mengenali antara satu sama lain menerusi laman sosial Facebook sejak 29 Mei tahun lalu dan menyatakan secara jelas hasrat untuk menyertai pemberontakan IS di Marawi, selatan Filipina. - K! ONLINE