Mengesahkan perkara itu, Pengarahnya Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, ketiga-tiga kilang berkenaan didapati membuat kesalahan yang termaktub di bawah akta berkenaan.

"Ya, kesalahan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Bagaimanapun, kesalahan 
bukan berkaitan melepaskan gas berbau," kata beliau ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi selama beberapa hari ini, memang menumpukan kepada kilang kimia dan kilang-kilang yang menggunakan bahan kimia serta kilang-kilang yang menghasilkan buangan toksik dan berbahaya.

"Sehingga semalam, 90 kilang telah diperiksa dalam operasi ini," kata beliau lagi. - K! ONLINE