Kawasan yang terlibat adalah di Jalan Tan Lu Ghee, Jalan York dan Jalan Ismail Che Mat Off Jalan P. Ramlee.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian yang berlaku pada pukul 3.29 pagi tadi dan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.

"Sampai di lokasi kejadian didapati berlaku banjir kilat dengan paras kedalaman lebih kurang 1 meter.

"Tindakan anggota mengeluarkan seramai enam orang mangsa terdiri empat lelaki dan dua wanita dewasa yang terperangkap di dalam rumah masing-masing," katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Menurut jurucakap itu lagi, mangsa yang terlibat telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Masjid Hashim Yahya.

Dalam pada itu, keadaan semasa paras air dilaporkan semakin menurun dan pasukan bomba yang terlibat adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak. - K! ONLINE