Menterinya, Lim Guan Eng berkata, unit bangunan yang tidak mempunyai hak milik strata sebelum ini dikenakan cukai perkhidmatan enam peratus.

Menurutnya, unit bangunan yang mempunyai hak strata sahaja yang tidak dikenakan cukai sejak SST diperkenalkan pada 1 September lalu.

"Tindakan memansuhkan cukai SST ke atas unit bangunan yang tidak mempunyai hak milik strata bertujuan menyelaraskan pengecualian cukai tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas taklimat SST di sini petang tadi.

sst rumah
Unit bangunan yang tidak mempunyai hak milik strata akan dikecualikan SST. - Gambar hiasan

 

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri T. Subromaniam dan Pengarah Kastam negeri, Datuk Johari Alifiah.

Pada 2 September lalu, Guan Eng mengumumkan pembelian kad tambah nilai prabayar dikecualikan daripda SST berkuat kuasa serta-merta.

Guan Eng memberitahu, barangan jualan lain yang dimasuhkan adalah plastik pembungkus beras.

Katanya, plastik pembungkus beras itu sebelum ini dikenakan SST sebanyak 10 peratus.

koko minuman
Cukai bagi minuman berperisa koko akan dikurangkan daripada 10 peratus kepada lima peratus. - Gambar hiasan

 

“Bagaimanapun, plastik pembungkus beras sahaja dikecualikan cukai manakala plastik pembungkus bagi barangan lain tetap dikenakan cukai  SST,” katanya.

Tambahnya, barangan jualan yang dikurangkan SST pula adalah minuman berperisa koko yang sebelum ini dikenakan cukai sebanyak 10 peratus.

“Bagi semua minuman berperisa koko, cukai SST dikurangkan kepada lima peratus selaras dengan jenis minuman berperisa lain,” katanya. - K! ONLINE