Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, ia termasuk tiga calon yang memperolehi A+ bagi semua mata pelajaran.

"Tiga pelajar terbaik itu ialah Muhammad Khairul Azri Mohd. Khalid dari Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Besut dan Muhammad Syauqellah Razali (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik) yang masing-masinf memperolehu  11A+.

"Seorang lagi calon iaitu Nur Ellena Elmie dari SM Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus pula memperolehi 9A+," katanya pada sidang akhbar pengumuman SPM di pejabat Jabatan Pendidikan Terengganu di sini hari ini.

Shafruddin berkata, keputusan SPM 2017 Terengganu juga mencapai Gred Purata Negeri 4.9 berbanding Gred Purata Kebangsaan 4.97.

Beliau berkata, 88.50 peratus iaitu 16, 195 daripada 20,525 calon SPM negeri itu lulus penuh peperiksaan itu dan layak memperolehi sijil.

"Ia menyamai pencapaian terbaik yang pernah dicapai Terengganu dalam peperiksaan SPM," katanya. - K! ONLINE