Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd Rizal Buang berkata, kebakaran premis yang berkeluasan 12 kaki per segi itu berjaya dipadamkan pihaknya setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.30 pagi. 

“Dalam operasi ini seramai enam anggota dan tiga jentera daripada Balai Bomba Kajang dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menangani kebakaran ATM berkenaan.

“Pihak kami bertindak menggunakan satu hos bomba untuk memadamkan api yang marak itu dan kebakaran tersebut telah menyebabkan kemusnahan 100 peratus pada ATM berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - K! ONLINE