Dalam kenyataan dua perenggan hari ini, bekas Perdana Menteri itu berkata, dalam konteks yang terhad ini, beliau tidak nampak apa-apa faedah untuk melibatkan diri dalam wacana umum dengan Guan Eng mengenai isu tersebut.

"Saya akan, apabila dan jika perlu, membincangkan itu pada forum yang berkenaan," kata beliau merujuk kepada kenyataan Guan Eng yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan semalam.

Dalam kenyataan itu, Guan Eng berkata, Najib selaku bekas Menteri Kewangan harus bertanggungjawab dan memikul tanggungjawab terhadap skandal rasuah 1MDB.

Beliau juga membangkitkan banyak soalan mengenai pelaburan bernlai AS$8.33 bilion (US$1 = RM3.98) yang dibuat oleh 1MDB antara 2009 dan 2013 dan juga meminta bekas Perdana Menteri itu menjelaskan berhubung beberapa transaksi yang telah dibuat.- Bernama