Farah Madihah Othman, 28, yang bertugas sebagai jururawat di wad pediatrik Hospital Kuala Lumpur berkata, beliau tidak pernah menjangkakan tragedi hitam itu akan menimpa keluarganya dan meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan mereka.

"Saya rasa terlalu sekejap bersama anak. Adam baru berusia lima bulan, memang asyik teringat dia (Adam Raykal) bila di rumah. Saya tidak boleh bayang macam mana Adam menangis ketika kejadian," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Taman Amaniah, Batu Caves di sini hari ini.

Menurutnya, beliau kini reda dengan insiden yang menimpa anak sulungnya itu meskipun pada awalnya asyik menangis teringatkan Adam Rayqal.

Pada awalnya beliau mengakui agak sukar untuk mempercayai pengasuh berkenaan namun wanita itu berjaya meyakinkannya dengan berjanji menjaga Adam Rayqal sebaik mungkin. - Bernama