Sebahagian besar kapal Tiangong-1 terbakar sewaktu memasuki atmosfera Bumi kira-kira pada pukul 8.15 pagi (waktu tempatan), menurut satu kenyataan ringkas pihak berkuasa yang disiarkan menerusi laman web.

Terdahulu, pihak berkuasa China menyatakan kapal itu dijangka memasuki semula atmosfera di kawasan perairan Brazil di Laut Atlantik Selatan dekat bandar Sao Paulo dan Rio de Janeiro.

Tentera Udara Amerika Syarikat turut mengesahkan pihaknya mengesan kemasukan semula Tiangong-1 di Selatan Pasifik dan mengesahkan perkara itu dengan rakan sekutu di Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Korea Selatan dan Britain. - K! ONLINE