Beliau, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak berkata, setakat ini pihaknya tidak melihat kesalahan yang dilakukan oleh ahli exco Kerajaan Negeri yang digambarkan sebagai dalang komplot untuk menjatuhkan Menteri Besar seperti mana didakwa Ketua Pembangkang,  Datuk Saarani Mohamad sebelum ini.

"We don't  see any wrong doing within the exco member or PH members, so why we take any action...but if  the authorities like MACC (Malaysian Anti-Corruption Commission) and police think that there is a wrong attempt to topple the menteri besar ("Kita tidak melihat sebarang perbuatan salah dalam kalangan ahli exco atau ahli PH, jadi kenapa kita perlu ambil sebarang tindakan, tetapi jika pihak berkuasa seperti SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan polis berpendapat bahawa terdapat cubaan untuk  menjatuhkan Menteri Besar).

"Kita mengalu-alukan dan serahkan kepada pihak berkuasa (untuk melakukan siasatan lanjut)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Berkhatan anjuran Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Tambun yang disertai kira-kira 20 kanak-kanak pelbagai peringkat usia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada PH akan mengambil tindakan terhadap pihak yang ingin menjatuhkannya. - Bernama