Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Haslah Bachok berkata, sebaliknya, apa yang berlaku hanya limpahan lumpur di tengah jalan berhampiran Kampung Solok Paku yang menganggu aliran trafik antara Kuala Pilah ke Seremban.

Menurutnya, limpahan lumpur itu berlaku berhampiran tapak pembinaan naik taraf jalan raya di kawasan tersebut.

"Aliran trafik telah terhenti kira-kira dua jam sebelum pulih seperti sedia kala malam ini.

"Sehingga kini, pasukan bomba, polis dan jabatan serta agensi kerajaan berkaitan masih ada di lokasi kejadian membersihkan lumpur dan memastikan keselamatan aliran trafik," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. - K! ONLINE