Pengarah Pelancongan dan Pengurusan Pantai Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Muhammad Syamim Bazin berkata, dakwaan yang tular dalam media sosial tentang perkara itu tidak benar.

"Ulat bulu itu memang wujud namun ia tidak memudaratkan pengunjung seperti didakwa. Dakwaan daripada perakam video tersebut adalah tidak benar.

"Setakat ini tiada lagi kes melibatkan serangan ulat bulu ini dan dengan hanya seekor ulat bulu yang dirakam tidak bermakna ia sedang menyerang perairan Port Dickson," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - K! ONLINE