Beliau berkata, kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di ibu negara itu dan memberi jaminan kementeriannya akan terus mengikuti perkembangan semasa di negara tersebut.

"Kita berharap keadaan akan segera pulih seperti biasa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Iftar Perdana Ramadan Persatuan Penggerak Muafakat Pahang, di sini, hari ini.

Beliau turut menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di Indonesia supaya menjauhi kawasan-kawasan tumpuan peserta demonstrasi seperti Tanah Abang, Tamrin, Sabang dan Menteng.

Media sebelum ini melaporkan enam terkorban dan 200 lagi cedera dalam rusuhan di Indonesia yang dipercayai berpunca daripada demonstrasi membantah keputuan Pilihan Raya Presiden Indonesia. - Bernama