Wisma Putra di dalam satu kenyataan hari ini berkata Kedutaan Besar Malaysia di Rom akan terus memantau insiden itu terutamanya jika ada yang melibatkan rakyat Malaysia. 

Semalam, satu bahagian daripada Jambatan Morandi di Genoa, yang menghubungkan Itali dan Perancis runtuh mengakibatkan kira-kira 50 kenderaan terjatuh daripada jambatan itu. 

Korban kematian insiden itu  mencecah 35 orang dan 10 lagi dikhuatiri hilang. - Bernama