Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada Februari lepas dan difahamkan pihak sekolah mengenalpasti kesemua pelajar yang terlibat dan siasatan terperinci akan dijalankan.

"Pihak polis Shah Alam telah berhubung dengan pihak sekolah terbabit dan akan bekerjasama menangani isu ini.

"Justeru, sementara siasatan lanjut dijalankan, pihak polis meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini," katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas video berdurasi 29 saat yang menunjukkan lapan pelajar lelaki termasuk seorang yang kelihatan sebagai pengawas menyepak dan memukul rakan sekelas mereka menggunakan sebatang penyapu. - Bernama