Jelasnya, beliau tidak tahu dasar kenyataan tersebut sedangkan kerajaan dalam tempoh satu tahun ini sedang melakukan banyak pemulihan terhadap negara.

“Kita lihat prestasi menteri-menteri kabinet semakin hari bertambah baik dan banyak perkara baharu telah diperkenalkan.

“Kita sedang bergerak ke depan dan kerajaan pada hari ini berada dalam fasa kemajuan,” katanya ketika ditemui pemberita seleoas menghadiri Majlis Jalinan Mesra Mesra Ramadan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di sini hari ini.

Akhbar tempatan semalam melaporkan, Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menyeru pembahagian kerusi antara UMNO dan Pas untuk Pilihan PRU-15 perlu dibincangkan bermula sekarang.

Jelasnya, ini kerana terdapat kemungkinan PRU-15 akan berlaku secara mengejut atau diadakan lebih awal.

Beliau berkata, sekiranya pilihan raya diadakan secara mengejut, UMNO dan Pas perlu bersiap sedia untuk perubahan pimpinan.

Mengulas mengenai pelbagai spekulasi terhadap perlantikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, Zuraida berkata,beliau menyerahkan perkara itu kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad sekiranya berlaku peralihan kuasa itu berlaku sebelum PRU-15.

Jelasnya, keputusan itu bukan hanya diputuskan oleh Mahathir malah ia juga tertakluk kepada input pihak lain yang terlibat dalam perkara itu.

“Dahulu, orang pun tidak suka Mahathir namun, beliau dilantik menjadi Perdana Menteri ketujuh. Tiada apa yang mustahil sebenarnya.

“Jadi, kita tunggulah,” katanya. - K! ONLINE