Ia berikutan, Tun Daim mengatakan bahawa Jho Low sebelum ini ada beberapa kali menghubungi dirinya bagi membincangkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, kenyataan yang dikatakan oleh Tun Daim itu tidak boleh diklasifikasikan sebagai bukti bagi membantu siasatan 1MDB.

“Panggilan telefon itu bukanlah sebahagian daripada bukti. Jadi, tiada keperluan untuk memanggil beliau (Tun Daim) bagi mengambil apa-apa keterangan.

“Saya juga difahamkan notis merah telah dikeluarkan ke atas Jho Low,“ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutup ‘The International Comittee Of The Red Cross (ICRC) Workshop : Maritime Security Operation’. - K! ONLINE