Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita yang bertanyakan sama ada beliau akan membawa masuk Anwar ke Kabinet.

"Kami tidak bincang perubahan atau pertambahan ahli Kabinet, malah tiada juga perbincangan mengenai pertukaran portfolio ahli Kabinet," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertingi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini hari ini.

"Oleh kerana tiada siapa membayangkan mahu meletakkan jawatan (menteri), kita tidak ada kekosongan. Apabila ada kekosongan, kita akan cari calon yang sesuai," katanya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Minggu lalu, Mahathir menafikan laporan bahawa akan berlaku rombakan Kabinet melibatkan pengguguran jawatan menteri tetapi sebaliknya berkata beberapa perubahan portfolio akan dilakukan. - Bernama