Pakar menggunakan radar penembusan tanah (GPR) yang menyediakan ‘bukti muktamad tentang ketiadaan ruang tersembunyi bersebelahan atau di dalam makam Firaun Tutankhamun’, kata wakil kementerian tersebut dalam satu kenyataan.

Maklumat lebih terperinci akan diumumkan dalam ucapan Ketua Pasukan Sains, Universiti Politeknik di Turin, Itali, Francesco Porcelli pada hari ini.

“Muktamad, dengan tahap keyakinan yang sangat tinggi. Hipotesis mengenai kewujudan bilik tersembunyi atau koridor yang berdekatan dengan makam Firaun Tutankhamun tidak disokong oleh data GPR,” ujar laporan itu yang dihantar Porcelli.

Imbasan terdahulu telah mencadangkan kemungkinan wujudnya bilik tersembunyi walaupun pakar-pakar kajian purba tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.

Ahli kaji purba Mesir dari Britain, Nicholas Reeves telah mengemukakan teori bahawa lokasi sebenar yang mempunyai bilik tersebunyi ialah di makam Nefertiti iaitu isteri kepada bapa Tutankhamun, Raja Akhenaten.

Teori ini mengandaikan bahawa apabila raja lelaki itu mati secara tiba-tiba pada usia muda, dia ditempatkan di luar bilik sebuah makam di selatan Mesir.

Akhenaten dikenali kerana pernah dan gagal memaksa rakyat Mesir untuk menukar kepada penyembahan kepada satu Tuhan atau monoteisme iaitu Tuhan Matahari. - AFP