Perdana Menteri, Jen. Prayut Chan-o-cha berkata, Thailand bersedia untuk sebarang kemungkinan sekiranya kedua-dua negara itu memilih negara berkenaan sebagai venue perbincangan.

"Bagi Thailand, kami sedia untuk apa saja. Negara kami sedia menerima (kedua-dua pemimpin), kami hos yang mesra," katanya kepada media semalam berhubung spekulasi bahawa Bangkok mungkin menjadi hos rundingan langsung antara pemimpin kedua-dua negara itu.

Sekalipun Bangkok merupakan satu daripada rakan AS paling rapat di rantau ini, namun ia tetap memelihara  hubungan diplomatik dengan Pyongyang.

Presiden Trump pernah menyatakan bahawa rundingannya dengan Jong Un, yang pertama bagi presiden yang sedang berkhidmat,  dengan pemimpin Korea Utara, mungkin diadakan pada lewat Mei atau Jun. - Bernama