Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pengagihan hibah tersebut memberi manfaat kepada 8.7 juta atau 93 peratus pendeposit yang masih belum menunaikan ibadat haji.

“TH telah mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM4.5 bilion peningkatan sebanyak RM1.1 bilion atau 31 peratus berbanding tahun kewangan 2016 sebanyak RM3.4 bilion.

“TH juga merekodkan keuntungan bersih selepas zakat hampir RM2.8 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM0.3 bilion atau 13 peratus berbanding tahun kewangan 2016 sebanyak RM2.5 bilion,” katanya pada Majlis Pengumuman Hibah TH di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki; Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengerusi TH, Datuk Seri Johan Abdullah.

Pada tahun kewangan 2017, TH telah membelanjakan sebanyak RM356 juta iaitu RM298 juta adalah subsidi haji dan sebanyak RM58 juta untuk menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti kesihatan, kaunseling, bimbingan haji, petugas haji dan kaunter kewangan tanpa sebarang bayaran tambahan yang merupakan kos tidak langsung pengurusan tabung haji. - K! ONLINE