Namun, banyak keluarga di Amsterdam mengambil peluang untuk bermain ski dan meluncur di terusan-terusan yang membeku di bandar raya itu.

Kota metropolitan Amsterdam mencatatkan suhu -1 darjah Celsius hari ini.

Pemandangan di terusan Prinsengracht, Amsterdam hari ini menyaksikan berpuluh-puluh lelaki, wanita dan kanak-kanak menyarung kasut ski mereka dan meluncur atas permukaan air yang membeku.

Pihak berkuasa kaji cuaca telah melarang bot-bot daripada melakukan pelayaran di beberapa terusan di bandar raya itu pada minggu ini. – Agensi