Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu terhadap Kolonel Dr. R. Kunaseegaran yang bertugas di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) apabila mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampau keraguan munasabah pada akhir peringkat kes pendakwaan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Kunaseegaran, 55, diarah membela diri pada 15 Mac hadapan.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa meminta dan menerima rasuah bernilai RM700,000 daripada Abdul Razar Abdullah, 48, sebagai upah kerana telah mencadangkan tiga syarikat masing-masing Syarikat RAZ Medical Supplies Sdn. Bhd, B&S Enterprise dan Caremed Global Sdn. Bhd. untuk menjadi pembekal ubat-ubatan dan perkakas pakai habis perubatan bagi tahun 2013 untuk HATTM.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 16(a) dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan. - K! ONLINE