Pengendali Lebuh Raya Pantai Timur, ANIH Bhd. melalui kenyataan kepada pemberita di sini, berkata, penutupan tersebut dibuat bagi membolehkan kerja penyelenggaraan dilakukan di terowong berkenaan.

"Laluan kontra akan diaktifkan semasa penyelenggaraan dilakukan dan dibuka semula seperti biasa pada pukul 6 petang hingga 7 pagi.

"Pengguna lebuh raya dinasihatkan mematuhi papan tanda serta arahan yang diberikan," ujar kenyataan tersebut.

Ujar kenyataan itu lagi, kerja penyelenggaraan tersebut sekali lagi akan dilakukan pada 22 hingga 26 Oktober ini membabitkan laluan Kuala Lumpur menghala Kuantan. - K! ONLINE