Mereka yang tiba di sini, pada pukul 9.05 pagi tadi bagi proses bedah siasat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin,15 yang ditemui mati semalam di kawasan lurah berhampiran anak sungai, kira-kira 2.5 kilometer daripada resort penginapannya.

Kesemua doktor berkenaan ketika dihampiri petugas media enggan membuka mulut mengenai proses bedah siasat berkenaan yang telah berlangsung lebih 10 jam.

Petugas-petugas media juga dilihat mula meninggalkan pekarangan Jabatan Perubatan Forensik itu.

Cuaca pada sebelah malam di pekarangan jabatan itu menyaksikan hujan turun sederhana lebat.

Semalam, mayat wanita berkulit cerah ditemui pada pukul 1.57 tengah hari dan disahkan anggota keluarganya sebagai Nora Anne, remaja yang dilapor hilang dari sebuah resort, di Pantai, Seremban awal bulan ini.

Nora Anne,15, bersama keluarganya tiba di Malaysia pada 3 Ogos bagi percutian selama dua minggu di sini dan remaja yang mengalami masalah pembelajaran itu disedari hilang oleh keluarganya dari bilik penginapan mereka pada pukul 8 pagi hari berikutnya. - Bernama