Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pasir Puteh, Nik Mohd. Nor Nik Mat berkata, pada awalnya penduduk terbabit menyangka reptilia itu hanyalah biawak air memandangkan kampung itu terletak jauh dari Sungai Semerak. 

“Disebabkan tidak berani membebaskan buaya itu, penduduk kampung kemudian menghubungi pejabat APM daerah ini kira-kira pukul 2 petang.

“Seramai tujuh anggota APM yang bergegas ke lokasi mendapati anak buaya itu masih berada di dalam jala,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, penduduk tidak berani membebaskan binatang itu yang bertindak agresif.  

“Anggota kami menangkap dan membawa binatang liar itu ke Pejabat APM daerah untuk tindakan selanjutnya.

“Kami percaya buaya sepanjang 0.6 meter panjang dengan berat dua kilogram itu tersesat di kolam ternakan ikan sewaktu banjir akhir tahun lalu,” katanya. - K! ONLINE