Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sebaliknya pada malam tersebut, ia akan diisi dengan pelbagai program berbentuk keagamaan.

"Pada 31 Disember, sambutan bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus bermula 10 malam. Sebelum itu kita akan bermula dengan makan malam terlebih dahulu pada 9 malam. Slot 10 malam itu akan diisi dengan ceramah agama,  yang mana kita akan panggil penceramah dan mengadakan forum hingga 11.45 malam.

"Pada 12.01 kita akan buat solat hajat dan mohon semoga dilindungi pada tahun baharu yang bakal menjelma. Tahun ini juga kita tidak akan adakan sebarang pertunjukan bunga api," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berharap semua masyarakat berbalik semula kepada asas dengan berdoa dan melakukan aktiviti keagamaan demi kesejahteraan agama dan negara. - Bernama