Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat berkata, berdasarkan perangkaan pada bulan lalu, seramai 28 ibu tunggal terbabit berumur bawah 20 tahun dan 2,010 orang pula berusia dalam lingkungan 21 hingga 30 tahun.

"Selain itu, seramai 4,783 orang ibu tunggal pula berusia 31 hingga 40 tahun, 6,506 orang (41 hingga 50 tahun), 9,556 orang (51 hingga 60 tahun) dan 9,528 orang (61 tahun ke atas).

"Daerah Kemaman merekodkan bilangan tertinggi ibu tunggal dengan 5,279 orang diikuti Besut (4,768), Marang (4,305), Dungun (4,182), Kuala Terengganu (3,925), Kuala Nerus (3,658), Setiu (3,307) dan Hulu Terengganu (2,987)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Alias Harun (Pas-Rantau Abang) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-14 di sini hari ini. - K! ONLINE