Tentera kerajaan bertempur dengan militan Daesh dalam kawasan kejiranan Qadam serta dekat kawasan selatan, kata Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.

Tentera rejim mencari jalan untuk menumpaskan pengganas daripada pintu masuk selatan ibu kota negara itu dengan meningkatkan pengeboman sejak 19 April lalu.

Daesh menawan Qadam bulan lalu dan mengawal beberapa bahagian daerah Hajar al-Aswad serta kawasan kem pelarian Palestin di Yarmuk sejak 2015.

“Pertempuran ganas berlaku antara dua pihak di Qadam di mana tentera rejim mampu mara di beberapa kawasan di bahagian Mazaniyeh, kata ketua badan pemerhati, Rami Abdel Rahman.

Sekurang-kurangnya 79 tentera rejim dan 68 pengganas IS terbunuh dalam masa sembilan hari pertempuran di selatan Damsyik manakala 36 penduduk awam maut akibat pengeboman rejim dalam tempoh sama. - AFP