Keberangkatan baginda membuktikan keprihatinan seorang raja terhadap rakyatnya yang ditimpa musibah. 

Baginda berkenan menyampaikan sumbangan kepada mangsa yang terlibat dan meminta mereka bersabar dengan ujian Allah. 

Pada masa yang sama, baginda turut memuji semangat kejiranan yang diamalkan oleh penduduk kerana sanggup bekerjasama melakukan gotong-royong membaiki rumah yang rosak akibat ribut. 

Hadir sama, Pegawai Daerah, Tengku Khairul Zahirah Tengku Kamaludin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin; ADUN Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah dan ADUN Damak, Zuridan Mohd Daud. - K! ONLINE