Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Nor Azah Idris hari ini membenarkan reman suspek berusia 60 tahun itu disambung bermula esok hingga 11 Februari depan.

Sementara dua pemilik syarikat yang ditahan berhubung kes sama dilepaskan dengan  jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Wang jaminan ditetapkan sebanyak RM15,000 dan seorang penjamin bagi setiap seorang.

Pengarah JPS Perlis dan dua pemilik syarikat berusia 39 dan 50 tahun sebelum ini direman selama tujuh hari mulai 30 Januari lalu hingga hari ini. - K! ONLINE