Pengerusi Persatuan Hijau dan Hidupan Liar Negeri Perlis (PNW), Syamil Abdul Rahman, 30, berkata, lokasi yang bakal menjadi tumpuan hidupan laut comel itu ialah di Pulau Batu Layang, Kuala Perlis.

"Kira-kira 40 hingga 50 ekor haiwan mamalia itu dapat ditemui di Pulau Batu Layang yang merupakan satu-satunya pulau di Perlis.

"Jenis yang sering didapati di perairan Kuala Perlis ialah jenis ikan lumba-lumba putih atau nama saintifiknya Sousa Chinensis.

"Punca utama tarikan ikan lumba-lumba berhijrah sementara di Kuala Perlis ialah sumber makanan yang banyak seperti anak-anak ikan belanak, ikan kedera dan udang sepanjang laut Kuala Perlis," katanya ketika dihubungi hari ini. - K! ONLINE