Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Seremban, Kapten Md. Fadir Md. Nor berkata, kehadiran haiwan itu disedari penduduk kira-kira pukul 12 tengah hari.

"Kami menerima laporan daripada penduduk pada pukul 12.32 tengah hari. Lapan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dikerahkan memberi bantuan.

“Kami berjaya mengurung haiwan berkenaan dalam sebuah rumah penduduk sebelum menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Tapir
Tapir betina yang berkeliaran di kawasan perumahan itu dipercayai tersesat dari sebuah kawasan hutan berhampiran.

Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan,Wan Mat Wan Harun ketika dihubungi berkata, tapir tersebut dianggarkan berusia antara dua hingga tiga tahun.

Menurut beliau, haiwan itu dipercayai tersesat ke kawasan perumahan tersebut dari sebuah kawasan hutan berhampiran Lavender Heights.

Jelas beliau, tapir itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan dilepaskan semula ke sebuah kawasan hutan simpan di Negeri Sembilan. - K! ONLINE