Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dengan bantuan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 1.24 petang dan tiba ke situ kurang 10 minit kemudian.

"Usaha membantu memotong mesin itu dilakukan di hospital dengan menggunakan pemotong hidraulik. Keadaan mangsa kini dilaporkan stabil," katanya di sini sebentar tadi. -K! ONLINE