Akaun itu dinyahaktif dipercayai disebabkan bebenang sekumpulan pembuli siber yang meninggalkan komen tidak sopan terhadap akaun baginda.

Disebabkan itu, warganet terutama pengguna Twitter telah meninggalkan komen di akaun masing-masing yang mahu Tunku Azizah kembali mewarnai laman Twitter dengan perkongsian gambar dan keterangan gambar yang mencuit hati seperti sebelum ini.

Sebanyak lebih 17,000 tanda pagar untuk #ampuntuanku dan dan hampir 2,000 untuk #permaisuriagong.

Kosmo! difahamkan salah seorang pengguna Twitter yang dipercayai membuli akaun @cheminahsayang telah memohon ampun terhadap Permaisuri Agong hari ini. - K! ONLINE