Presiden Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia, Mohd. Rofik Mohd.Yusof berkata, kenaikan tersebut terpaksa dilakukan berikutan peningkatan pelbagai kos yang perlu ditanggung oleh pengusaha termasuk alat ganti dan kos penyelenggaraan.

Jelasnya, harga minyak yang tidak menentu setiap minggu turut menyumbang kepada peningkatan kos operasi pengusaha terlibat.

"Kita tidak menolak kemungkinan terdapat pengusaha bas sekolah yang akan menaikkan tambang untuk membolehkan mereka terus memberikan perkhidmatan tersebut.

"Selain itu, kita juga menjangkakan akan berlaku kenaikan sebanyak RM10 untuk kawasan luar bandar manakala sebanyak RM20 untuk kawasan bandar,"katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia Kali Ke-6 di Dewan Orang Ramai Taman Meru di sini hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pegawai Tugas Khas Ahli Parlimen Tambun, Mohd. Amin Johari. - K! ONLINE