Pengarah Jabatan Taman Laut Negeri Terengganu, Muhammad Nur Ashry Bassari berkata, Terengganu merupakan negeri yang mencatatkan kes pencerobohan taman laut tertinggi berbanding negeri Pahang, Johor dan Kedah. 

Menurutnya, sebanyak 13 kes direkodkan berlaku di Pulau Redang, lima kes di Pulau Kapas, Pulau Perhentian (3), Pulau Tenggol (2), Pulau Nyireh (2) serta dua lagi kes membabitkan perikanan. 

“Pada tahun 2016, JLTM Terengganu merekodkan 26 kes pencerobohan dan ia meningkat kepada satu kes iaitu 27 kes pada tahun lalu.

“Tangkapan yang dibuat melibatkan pelbagai kesalahan antaranya penggunaan bot pukat tunda, mengambil gamat, memancing serta menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan seperti senapang ikan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. - K! ONLINE