Ketua Setiausausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Bakar berkata, Taman Duriotourisme yang diambil sempena nama saintifik durian iaitu durio itu bakal menampilkan enam tarikan tersendiri apabila siap sepenuhnya kelak.

“Para pengunjung akan menikmati enam tarikan Taman Duriotourism iaitu Duriotour, Duriofestival, Durio Produk, Durio Muzium, Durio Chalet dan Friends of Durio (lebah kelulut).

“Kesemua tarikan tersebut dibina di atas seluas 40 hektar dengan 22 hektar daripadanya ditanam pokok durian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Taman Duriotourism yang dikendalikan MARDI di sini hari ini.

Taman Duriotourism merupakan pusat agro pelancongan keempat di bawah MARDI selain Taman Agroteknologi di Cameron Highlands dan Cherating, Pahang serta Langkawi, Kedah. - K! ONLINE